Nor Affendi Nadzimuddin

Selamat datang ke blog aku.blog ni biasa2 je.buat untuk mengadu nasib.haha..kalo suke boleh follow, kalo xsuke datang singgah pun xpe =)

Friday, February 18, 2011

Jom ketahui apa itu remaja~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
ramai tanya aku, asal dah lame xupdate blog
bukan xnak update, cume xtau nak cite pe
ni aku dah update ni makne nye ade la cite aku nak kongsi ni..
aku nak cite ckt pasal remaja ni(tbe2 je post ni berilmiah ckt)
bukan pe, sbb nanti aku kene present 1 tajuk yg bertajuk 'Peranan Rakan Sebaya'
saje la nk kongsi...
Rakan sebaya ni bermaksud sahabat daripada dalam lingkungan umur, latar belakang dan minat yang sama...
mengikut Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson, manusia ni ada 8 tahap.
dimana tahap ke 5 merupakan semasa kite berumur 12-20 tahun(remaja)
pada waktu inilah kite akan mengalami krisis identiti!!!
di mana pada masa ini kite berfikir apabila besar nanti kite nak jadi manusia yg bagaimana
terdapat 4 status identiti remaja
yg pertama adalah PENCAPAIAN IDENTITI: remaja pada status ini telah mencapai identiti mereka di mana mereka sedang komited dengan kerjaya, kepercayaan agama dan politik.Namun, mereka masih lg menghadapi krisis dalam hidup...
Kedua,KEKABURAN IDENTITI: pada tahap ini remaja masih lagi tidak tahu apa yg ingin dia lakukan pada masa ini.mereka masih belum bersedia untuk memberikan komitme kepada apa2 pn lg.mereka ini kadang2 mempunyai krisis dalam hidup.
Ketiga, MORATORIUM: remaja pada tahap ini sudah bersedia untuk membuat satu komitmen cume mereka dlam dilema, adakah mereka memenuhi permintaan ibu bapa mereka, keperluan masyarakat atau pun mengikut kemampuan sendiri
Last sekali, FORECLOSURE: mereka ini remaja yang sudah menunjukkan komitmen kepada sesuatu. mereka hanya mengikut kehendak ibu bapa mereka..jika ibu bapa mereka mahukan mereka menjadi seorang doktor, maka itulah yg mereka jadi..mereka ini selalunya tidak mempunyai sebarang krisis memandangkan apa yg mereka buat di sokong oleh ibu bapa.
pada tahp remaja ini lah rakan memainkan peranan plg penting dalam hidu mereka.
apabila hubungan antara mereka dan rakan2 semakin kuat, hubungan mereka dgn ibu bapa akan berkurang, ini kerana remaja ingin mencuba bende2 baru yg kadang kala di tegah oleh ibu bapa mereka. ini menyebabkan mereka akan memberontak.
di sinilah rakan sebaya memainkan peranan jika baik lah rakan itu maka baiklah remaja itu dan sebaliknya...
sayugia, pilihlah rakan yg mampu mengubah anda untuk menjadi insan yg lebih baik dr yg skrg ini...
SEKIAN....

P.S: apa cite best ngh tayang kt wayang ek...?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts