Nor Affendi Nadzimuddin

Selamat datang ke blog aku.blog ni biasa2 je.buat untuk mengadu nasib.haha..kalo suke boleh follow, kalo xsuke datang singgah pun xpe =)

Monday, September 26, 2011

Diari pelajar tahun akhir

12 September 2011
Happy birthday to me~
tq banyak2 kepada yang wish kat fb, sms, mahupun secara LIVE
1st day kuliah yag xde kuliah pun...hehe
malam tu celebrate dgn Hata, Ain dgn Kak Min kat piza hut =)

13 September 2011
first kuliah: kokurikulum
dah kene berlakon lak, aku kene belakon pasal bulan Ramadhan
ambik situasi dekat pasar Ramadhan je.lecturer cakap kelas dia memang mcm ni, setiap group kene organize 1 pertandingan setiap minggu.sape menang pertandingan tu dapat markah bonus ^^
pukul 2 kelas Penyelidikan Pendidikan(lecturer panggil aku beso =,=')

14 September 2011
kelas pukul 2, tapi pagi2 buta dah pergi lab nak jumpe SV, tapi dia xde
kelas Kaedah mengajar kimia..hmm, susah gak kelas ni tercengang aku nak jawab bile dia tanya kenapa pH berhenti takat 14, bukan nya 15 ataupun 16 

15 September 2011
pagi2 pergi lab nak cari SV gak, pun xde
kelas amali kaedah mengajar kimia, kene present 'nature of science' dgn 'science literacy'
susah jugak nak present dalam kelas ni sbb contoh2 yg kitorg bagi sume tahap tinggi tp lecturer nak kitorg bg contoh yg mudah di faham oleh sekolah menengah

16 September 2011
Hari Jadi Abah!!!
Selamat Hari Malaysia!!!
xbuat apa2 pun duduk bilik je(sangat boring)

17 September 2011
teman kawan g dating kat Mines je
terbeli sweater baru..huhu

18 September 2011
pergi Low Yat dengan Mughti naik motor je
tgh2 jalan hujan lebat tp kitorg still semangat nk pergi, sampai je singgah Time square
terpaksa beli baju baru sbb baju basah lenjun(nak dkt RM100 kot)
membazir duit aku, lepas tu terbeli lak external 2 tera =,='

19 September 2011
pergi lab sebab hari ni ada gotong royong lab, sebab minggu ni ada audit
aku jadi tukang mop dan lap meja je =)
tibe2 dengar cite SV fyp aku dah nak bersara..adoaiiii!!!
patut la susah bebeno nak jumpe dia kebelakangan ni
nasib aku baik sebab aku dapat jumpe dia petang tu, dia lepaskan aku tanpa bg cadangan sape yg patut ganti tempat dia

20 September 2011
pagi2 pergi jumpa Dr Haslina co-o fyp kitorg nak tanya status aku macam mana
dia cadangkan nama Prof Zul dgn Prof Zubir(esok je la aku cari dorang)
masuk2 kelas koko, Dr Chee yang masuk, tukar lectrer la pulak
ada kosmet aku cakap dah semangat nak berlakon dah..haha

21 September 2011
pergi sekolah siswazah depan library UPM tu nak jumpe prof Zul
nak ajak Hata, sampai je kat fakulti nampak Fatin, dia pun xbuat apa2 ajak je la dia teman aku..
sampai2 tanya kaunter pertanyaan kata xda orang nama Zulkarnain b Zainal
hmmm, pelik aku..so kitorg pun pergi la lab komputer google nama Prof Zul
rupe2 nya pejabat dia kat sekolah siswazah yg dekat serumpun!!!
sebab jauh call je pejabat dia(akukenareject)
btw aku drop penyelidikan mek kaedah mengajar fizik lak

22 September 2011
nak jumpa Dr Haslina tapi dia xde lak, sekali lagi aku tawaf fakulti banyak2 dek kerana boring
hari ni 2 kelas je amali kaedah mengajar fizik dgn kimia
pas habis amali fizik g makan kat restoran dekat ss, xtau lak kedai tu dah jadi kedai mamak..makan je la

23 september 2011
masih lagi mencari Dr Haslina, pun xde gak
so pergi je la kelas kimia perindustrian  pukul 10 sampai 12
malam tu g Mines dgn Lan dan Mughti, makan nando's dgn tutti fruitty..hehe
p/s: henpon Lan ilang~

24 September 2011
mengosongkan perut sebab malam tu nak perkena steamboat
lepak kat steamboat dari pukul 7 sampai 9.45 malam
solat isyak dekat Masjid Putra pastu lepak2 kat Putrajaya

25 September 2011
Mughti ajak g IOI jap nak usha kasut jap
sebab dia kata bosan asyik2 g Mines je, xpun Mid Valley..folo je la
p/s: sblm g Hafiz suruh aku makan rendang ayam yg dia masak, siyes sedap =)

26 September 2011
pun cari lagi Dr Haslina, idak la aku jumpe gak hari ni
petang tu ada seminar thesis yang disampaikan oleh papa Ida
rupe2 nya Dr Haslina cuti hari ni, hari Selasa baru ada
hari ni jugak keluar official MV lagu Beast "I like you the best"
nak dekat setahun aku tunggu pas MV lagu Beautiful~

MV beautiful =)

MV I like you the best =)(xde eng sub lagi)

P/S: aku rasa leasure je lagi sem ni, cuak gak aku...dengan FYP yg dah tergendala =(

Saturday, September 24, 2011

Steamboat bersama mereka~

Assalamualaikum semua
baru je sampai bilik lepas makan steamboat dengan kawan2 K6
bertiga je pun bukannya ramai sangat (warga K6 tahu la kot sape budak berdua lagi tu)
xkesah la kuantiti yang makan tu sikit tapi kuantiti makanan yang diambil tu sangat banyak
hehe
ni pun saja nak mencoret sebab rumet xde katakan
segan nak update depan rumet sebab blog rumet cantik dan lebih hebat dari aku =,=

rancangan makan steamboat ni aku yang buat sebab memandangkan kitorang dah lama x hang out sama2
pulak tu seorang dari kami dah sambung Master lepas tu duduk kolej serumpun
memang susah la nak jumpa
ramai orang cakap kami dah x kawan lagi...
sakit hati gak aku dengar bila ada orang cakap macam tu menyibuk je jaga tepi kain orang
steamboat ni ada kat Maeps berdekatan dengan Mardi yang ada kat UPM ni
agak tersembunyi jugak la, kena pandai cari
harga ok RM19.99++ makan je apa yang ko nak
tapi xyah la sampai nak membazir...x elok~
apa2 pun ni gambo aksi2 exclusive kami semasa di makan tadi

yang ni Azlan (bakal cikgu Fizik)
senyuman dye sangat menakutkan..hehe
sori lan

yang ni Mughti, kawan aku yang sambung master tu
jangan betulkan skrin komputer korang..
tu memang warna kulit dye..hehe
sori mughti

bucit nya~

pun buncit gak..haha

gambar ni cantik tapi aku dgn mughti pula yg berada dalam vibrate mode

peace~

lepas makan g Masjid Putra solat Isya'
pas tu bincang pasal masalah kawen masa hadapan

walaupun kami pergi lepak kat tempat yang biasa2, x se'vogue' sesetengah orang
kami x kesah yang penting masa yang terluang bersama adalah "priceless"..hehe mcm iklan mastercard lak

Friday, September 16, 2011

kenapa aku selalu je jadi orang ketiga

Selamat Hari Sabtu =)
hari ni nk kuar dengan member tapi terpaksa jadi orang ketiga
bukan org ke3 yg hancurkan umah tangga org tu apatah lg org ke3 yg menghasut wat maksiat
tapi org ke3 yang saje nak menyibuk..hehe
ni antara sebab aku 'suke' jadi org ketiga:

PERTAMA:sebab xde geng nak kuar
masing2 member ada keje nak wat(macam aku xde keje gak, tapi aku je malas sikit)hehe
ada gak yang masalah kewangan, maklumlah gaji gaji xmasuk lagi
bukan nye apa dah memang terpaksa kuar ni..kene beli barang


KEDUA:aku masih single
haha....ni sebab utama la kot
yela kalo ada awek mesti ajak dye kuar dulu baru ajak member
agaknya cam tu la kot procedure nak kuar, aku xtau =)
kene ajak awek dulu baru ajak member kalo awek xleh kuar

masih mencari soul mate..hehe

KETIGA: teman member
ni pun sama gak, kawan aku selalu ajak aku bile nak jumpe awek2 pakwe2 dorang
aku pun xtau kenapa mereka berbuat sedemikian, nak suruh aku cari pengalaman agaknya
nak tolak x sampai hati lak, so folo je la~
frens forever la katakan

gambo raya tahun lepas masa open haus umah aku

pun gambar raya tahun lepas, masa pergi KMpK

setakat itu je la nak membebel..kesian terima kasih..hehe

Friday, September 9, 2011

Selamat Tinggal cayang~Cik A

hari Sabtu yg indah walaupun hujan
pukul 2 ni nak pergi duduk umah kakak aku dulu, hari ahad baru nak balik
sedih nyer~
apa2 pun saja nak share lagu yang dah agak lama jugak la

 ni versi karok..kome nk nyanyi same2 nyanyi le, mike x kesah
diorang ni under JYP entertainment(1 syarikat dgn 2PM & 2 AM)
mereka dianggotai oleh 2 orang berketurunan chinese dan 2 orang lagi korean


yang ni Wang Fei Fei (stage name: Fei)
yang paling tua dalam Miss A, may be ketua mereka la kot
yang ni berasal dari China

yang ni Bae Sue Ji(stage name:Suzy)
very cute..aku kenal dye ni pun pas tgk "Dream High"
maknae dalam Miss A...suara dye sangat sedap aku suke =)

Lee Min Young(stage name:Min)
dia paling terrer menari dalam Miss A ni..aku tahu dye sebab tgk "Oh!My School"
dia ni kawan baik kepada Hyoyeon SNSD sebab sama2 buka kumpulan tarian masa muda2 bernama "Little Winners"

yang ni Meng Jia(stage name:Jia)
yang ni berasal dari Tanah Besar
dulu aku susah nak bezakan dia ni dgn Fei sampai la aku tahu yang rambut pink dalam MV Bad girl, Good Girl tu Jia
dalam setiap MV dorang bagi aku rambut Jia ni selalu unik(may be identiti dye kot)

ni 2 lagu dorang yg jadi feberet aku gak
Good Girl Bad Girl
lagu debut dorang

Breath
single kedua dorang..aku xtahu kenapa tapi muzik lagu ni aku suka
dan pakaian dorang pun nmpk funky & fun

tu je nak cite =)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya yang ke 6~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
setelah berpuasa mengupdate blog hmpr lebih sebulan gara2 kebizian yg melampau
pada ari raya yang ke 6 ini tibe2 terbuka hati nak update sikit
hehe
xlambat lagi rase nye kalo aku nak ucapkan selamat hari raya semua rakan2 dan juga kepada sesapa yg terbaca blog aku ni =)
aku nak cite sikit pasal pengalaman raya tahun ni, bukan apa sbb tahun ni spesial sikit sebab ada family gathering belah mak aku
kitorg buat kat umah Mak We aku(Mak We does not mean gf ok...hehe)
rupe2 nye famili kitorg ni dah ada 5 generasi kot yg menyebabkan aku sudah mendapat title "atuk muda"

ni banner nyer...Insya Allah bakal jadi acara dwitahunan

opah dah mcm DJ je..hehe
masa ni opah ngh berpantun(opah aku sgt terer berpantun)

 abah dengan mak =)

ni rumah opah..cantik kan?

aku dgn opah...kakak aku tangkap gambo jauh sangat kot

Husna Kamilah yg comel macam Pak Su dye..hehe

Husna bersama2 dgn bibik..haha

gambo bersama2 di depan tangga kenangan

yang ni gambar semasa sedang membahagikan coklat2 yg abang aku bawak memandangkan coklat yg dia bawak memakan banyak ruang dalam peti ais...
time nak bahagikan coklat ni memang semua berebut xde istilah adik beradik pun..haha
walaubagaimanapun akhirnya coklat semua dibahagi sama rata xkire la dah ada anak 2 ke, dah kawin ke atau masih single dan mencari~
makin gemuk la aku pas ni.. (T-T)

sekarang sedang berusaha mendapatkan bentuk badan 2 tahun lepas...bapak susah!!!!

Popular Posts